followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, February 16, 2011

ONDEH ONDEH/BUAH MELAKA

ondeh ondeh ni sememangnya dah forfular beno.sapa yg x kenal kueh ni kan..kueh ni memang peberat ku sejak dari aku cenonit lagi..akulah yg akan perabiskan setiap kali mak aku buat.sekelip mate je lesap!! hahaha..tu al kesah zaman aku kanak kanak le..
di tempat aku terkenal dgn panggilan buah melaka.

RESEPI ONDEH ONDEH/BUAH MELAKA

bahan untuk adunan pun senang bangat

tepung pulut
air suam secukupnya
pewarna hijau dan sedikit perisa pandan @ daun pandan di blend ambil jusnya

inti
gula melaka di potong kiub

salut luar:
kelapa parut putih
sedikit garam
-di gaulkan bersama garam hgga secukup rasa.
-kukuskan sebentar untuk mengelak cepat basi.

bancuh semua adunan hgga x melekat di tangan dan sebati semua warnanya.
ambil sedikit adunan sebesar guli masukkan inti kiub gula melaka dan bulatkan semula.buatlah hgga habis sambil tu taburkan sedikit tepung supaya x melekat di antara satu sama lain.
sediakan air di dalam periuk dan panaskan hgga mendidih.
masukkan buah melaka td.tunggulah sehingga buah melaka timbul,angkat dan tuskan dan golekkan pada kelapa parut bergaram.

emmm..sedap!!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...