followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, February 16, 2011

KEK CHIFFON COKLAT


KEK CHIFFON COKLAT

A)
4 kuning telur sz A
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)

1/4 st garam
100g gula halus
135g tepung gandum }
15g serbuk koko      } di ayak
1 st baking powder   }
1 st vanila

B)
4 putih telur sz A
80g gula halus
secubit garam 
cream of tartar

panaskan oven pada suhu 175C. satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanila, kacau hingga sebati. ketepikan.
putar putih telur hingga kembang, masukkan gula (bahan B), cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
campur putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45-50 minit @ sehingga kek masak. keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul betul sejuk.
bila kek sejuk sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk di hidangkan

* hanamemories.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...