followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, July 4, 2011

SAYUR GORENG IKAN MASIN


N3 yang lepas x sempat nak masukkan di sini... 
sayur ni bukannya sayur kailan tapi seangkatan dengannya.. maaf terlupa namanya.. rasanya jika dibandingkan dengan kailan sayur ni lebih sedap dan yang pastinya sayur ni lebih rangup bila dimakan. sayur ni berbentuk pendek, ianya tidak bertangkai panjang seperti kailan.


RESIPI SAYUR GORENG IKAN MASIN

2-3 pokok sayur
sehiris kecil ikan tenggiri masin - his kecil2kan lagi
5 tangkai cili api - ketuk
1 biji bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang besar - potong melintang
1-2 sd sos tiram
sedikit air
sedikit garam
minyak menumis

panaskan minyak goreng ikan tenggiri sebentar dan ketepikan dihujung kuali. 
terus masukkan bawang putih, bawang besar kacau sekejab dan masukkan cili api lalu gaulkan sekali dengan ikan masin tadi hingga rata.
masukkan sos tiram, air biarkan didih sekejab.
terus masukkan sayur dan sedikit garam(hati2 sebab sos tiram dan ikan masin dah sememangnya masin)
tutup api.siap untuk dihidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...