followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, July 11, 2011

ATVT KELAS JW - LAKSAM PANTAI TIMUR


laksam ni bukan akak yang masak.. laksam ni adalah dari belajar di kelas masakan JIRAN WANITA. fuhhh.... laksam yang dikira amat sedap dan secukup rasa.. terima kasih pada puan Salina yang telah sudi memberi tunjuk ajar cara cara membuat laksam ni. bukan semua orang pandai membuat laksam ni.. kalau orang Perak hanya pandai makan saja tapi x pandai membuatnya.. Puan Salina raya nanti buat openhouse dengan laksam ni yee... sedap bangat!!


RESIPI LAKSAM PANTAI TIMUR

LAKSAM:
1 kampit tepung beras
2 sm tepung ubi @ gandum
4 jug air

Dikukus:
letakkan tutup periuk kecil yang disapu sedikit minyak masak.
tuangkan sedikit bancuhan tepung tadi dan kukuskan.
apabila sudah masak adunan tepung tadi hendaklah di gulung dan dipotong halus.

BAHAN KUAH:
1 1/2 kg ikan sadin - direbus/ toskan/ buang tulang dan blender
10 keping asam keping
garam secukup rasa
3 biji bawang,
sedikit lada hitam - dikisar
1 biji kelapa - di ambil santannya
1 st gula
2 inci halia - di ketuk

MASAK KUAH:
campurkan ke semua bahan dan masak sehingga mendidh dan sesuaikan rasanya.

SAMBAL:
cili api, garam, gula - blender semua.

HIASAN: semua di hiris halus
kacang panjang
timun
kobis
bunga kantan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...