followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, April 25, 2011

TALAM KASWI KELADI


nampak comot je talam kaswi keladi akak ni sebab di potong ketika masih suam lagi.. talam kaswi ni masih lembut sangat tapi oleh kerana nak cepat untuk di bawa ke surau akak terpaksa potong juga..
sebenarnya talam ni pun sememangnya lembut sikit sebab baby keladi yang akak guna asalnya lebih dari cukup timbangannya tapi masa di potong dan di bersihkan hanya tinggal 274g saja.. sebab x elok. akak buat 1 adunan guna loyang 10"x10". pewarna ungu pulak dah kehabisan stok, tengoklah warna kueh agak kurang berseri je..
apa pun akak nak habaq mai... kueh talam kaswi keladi ni memang sedap.. kawan kawan akak makan pun kata sedap! ada lebih kueh ni ada yang minta bawa balik, ada baki akak suruh dorang bawa balik.. sebab di umah ni x de sapa yang nak perabihkan rezeki Allah ni..


RESIPI TALAM KASWI KELADI
  
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir-(Ayu gunakan 215g)
1200 gm santan [400 gm santan kotak + 800 gm air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
1 sudu teh air kapur-(Ayu gunakan 2 sudu teh)
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu secukupnya


  
Caranya:-
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas)
Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang dan tuangkan adunan putih dan ungu berselang seli.
Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong.
Dimakan tanpa kelapa pun dah cukup sedap sebab dah ada santan.

Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com


10 comments :

  1. Ya Allah sedapnya kak...rasa nak ngap jer...saya memang suka kuih talam ni...buatnya jer tak reti...

    ReplyDelete
  2. cik izan..kalau dekat ambik ko.. akak bagi je.. sebenarnya akak pun bukan pandai sangat.

    ReplyDelete
  3. hmmm..saya memang suka kuih talam..yang ni belum cuba lagi..nanti saya masukkan dlm list

    ReplyDelete
  4. Salam Norlie...

    kak cek dtg jenjalan nak makan kuih talam keladi...ada lagi ke...

    ReplyDelete
  5. kunjungan balas...salam kenal.
    Nice blog...I likeee.

    Best kuih tu...favourite akak ni .

    ReplyDelete
  6. Salam Norlie..jemput2 derian tue resepi Arwah mak..Alhamdllh,ramai yg berminat.cubalah...

    ReplyDelete
  7. Salam Norlie,
    Tak pernah buat lagi talam kaswi cam ni. Nak rasa yang Norlie buat sikit boleh

    ReplyDelete
  8. cantik kuih talam ni... hari tu dh masuk list dh tapi tak terbuat2 juga lagi..hehe

    ReplyDelete
  9. nazrah,cik cek,kasihredha,wattie,nieza.. akak memang suka kueh2 lembut2 berkukus camgini..berbanding yang di goreng.

    ReplyDelete
  10. azatiesayang..insyaallah bila ada durian nanti akak akan cuba ye..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...