harini masa akak cukup terhad.. pagi pagi akak terkejar kejar ke surau ada forum untuk mukjizat kelebihan ramadan tapi x sempat habis akak kena balik sebab nak kena masak untuk my laling dan anak ada balik.. kerana pukul 11 dah janji dengan kawan lama nak join gi kenduri anak kawan kahwin.. balik cadangnya nak gi gathering santai bersama grop blogger/fb di Marina Island tapi semua cancel kerana My Laling call dia kata di sana langit terlalu gelap.. mulanya akak x kesah dan bersiap juga tapi tengah akak bersiap hujan pun turun..lengkap dgn guruh.. cancellah pegi..
sebenarnya akak x sempat nak masak pape tadi subuh2 syapie akak sempat juga godek untuk buat puding kononnya untuk makan bersama kawan2.. tapi apekan daya hajat x sampai.. akak x jadi g.. insyaallah lepas raya ni kita kan gader2 lagi yee.. mesti lagi syokkkkkkkkk.
RESIPI PUDING AISKRIM COKLAT
200 g aiskrim coklat(guna perisa lain pun boleh)
250 ml air
200 ml susu segar
100 g choc masakan putih
1 1/2 sb serbuk agar agar
2 sb tepung jagung
1 biji kuning telur
40 g gula pasir
sedikit pewarne ikut warna aiskrim - akak letak choc emulco
- Campurkan tepung jagung dan telur dgn sedikit air dan tapiskan ke dalam periuk
- Masukkan baki air , susu dan serbuk agar - agar
- Kacau di atas api sederhana hingga pekat sedikit dan masukkan choc. chip
- Bila choc. chip dah cair , ketepikan adunan dari api
- Masukkan aiskrim keladi dan pewarna.Kacau hingga sebati
- Tuang dalam acuan dan sejukkan
No comments :
Post a Comment