followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, July 9, 2011

KARI DAGING WANGI


biasanya akak masak kari guna rempah kari brand mamak(babas) je.. tapi kali ni akak guna rampah kari ikan cap orang terbang dari klate.. anak akak pos pada akak stok rempah pelbagai jenis dari pantai timur punyalah banyak! x taulah bila nak habis tu.. makan dah la berdua jer..


RESIPI KARI DAGING WANGI

400 g daging batang pinang
bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sehiris halia

1 batang serai - diketuk
1 kampit serbuk kari cap orang terbang
2 sb tomato puree
1 helai daun pandan
2 biji kentang - dipotong beberapa bahagian
1 cawan santan pekat
sedikit air
1 keping asam keping
sedikit garam
minyak menumis
4 sekawan

panaskan minyak tumiskan 4 sekawan bersama serai ketuk hingga wangi.
kemudian masukkan bahan tumbuk hingga wangi.
di ikuti dengan rempah kari dan daun pandan. kacau hingga garing dan masukkan sedikit air, kacau lagi dan masukkan daging batang pinang. biarkan daging hingga air daging kering sedikit.
masukkan santan pekat dan diikuti dengan kentang.
masukkan tomato puree dan asam keping, biarkan mendidih.
akhir sekali masukkan garam secukup rasa. bila daging empuk bolehlah di angkat.

nampak tu orang nak terbang

4 comments :

  1. kak norlie, mai sini syer gambar rempah kari tu?
    ayu tak pernah tau lah?

    ReplyDelete
  2. ok nanti akak masukkan kat ruang ni nanti yer..

    ReplyDelete
  3. kak.. murahnya harga serbuk kari daging cap orang terbang tu...

    susah kot ayu nak perolehi di kawasan jb..

    thanks masukkan pic nie ya kak......

    ReplyDelete
  4. citarasa rinduan..rempah ni klate mari..kalau nak kena cari org klate soh dia poskan..heheh

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...