followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, April 7, 2012

KEK UBI KENTANG BAKAR


Sebenarnya dah hampir tengah malam ni.. jejari ni dah malas nak mengeluarkan idea sebab mata dah beri isyarat mengantuk... hehehe
nampak gambar ni seperti macaroni bakar je kan... tapi mungkin ni adalah sepupu kepada masakan tu la agaknya.. yang uniknya resepi ni ia menggunakan kentang lenyek dan cendawan tin.. tapi jangan di tanya kenapa nama resepinya "Kek"? jawapan akak wallahualam... yang tu kena tanya dengan chef zainab.. tapi semua orang x kenalkan.. akak pun x kenal jugak.. hehehe
ape ape pun kek ubi kentang bakar ni memang sedap.. anak semua suka.. akak cuma sempat makan sepotong je... anak yang seorang tu yang kasi habis.... seorang lagi "tata"je la.. habis daa.. sape suruh lambat.. len taun ma buat ye.... aduyaii..

tengok tu tergaringlah sikit akak buat... x syok pulak tengokkan.. tapi x pe la.. nak makan anak beranak je

 

RESIPI KEK UBI KENTANG BAKAR
chef Zainab

400 g ubi kentang - rebus dan lenyekkan
2 sb minyak tumis
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang - dadu
5 g halia - cincang halus
200 g daging kisar
200 g cendawan butang/tin - cincang kasar
2 sb cream mushroom chicken soup serbuk
5 g serbuk lada sulah
garam secukupnya
3 biji telur - pukul sedikit
100 g macaroni - rebus
5 g daun sup - cincang
1 biji telur - glazzing

guna loyang 8" sapu sedikit  minyak.

panaskan minyak tumiskan bawang dan halia hingga wangi.
masukkan daging kisar. masak hingga daging masak rata.
kemudian masukkan cendawan butang, cream mushroom soup serbuk dan serbuk lada sulah serta garam secukupnya.
setelah masak angkat dan tuangkan ke dalam bekas kentang lenyek tadi dan gaullah hingga rata.
masukkan telur 3 biji dan macaroni. gaulkan sekali lagi sehingga sebati.
masukkan daun sup. gaul rata.
tuangkan adunan ke dalam loyang.
pecahkan sebiji telur, kacau sikit dan tuangkan di atas adunan kek.
bakar sehingga masak seperti suhu macaroni bakar.
siap.

** perhatian:
sejukkan dahulu seperti kita buat kueh talam barulah dipotong sebab takut kek ni akan berderai.
** akak potong ketika suam nampak x cantik kemas.. bila sejuk ia akan cantik dan senang dipotong
** sedap makan dengan cili sos.. lupa ambil gambar daaaa... ape ape pun SELAMAT MENCUBA!!

4 comments:

  1. Salam kak,
    ada kelainan resepi ni..camne rasanya tu kak..ehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan dgn sos ni kak..:)

    ReplyDelete
  3. rohah...rasanya seperti mushroom chicken soup...

    ReplyDelete
  4. Q.. memang sedap makan dengan cili sos...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...