followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 13, 2012

BUBUR NASI BEREMPAH


memang dah lama berhajat nak makan bubur nasi ni.. memandangkan anak teruna akak sedang bercuti 2 bulan sekarang ni.. dorang ni cukup suka bubur nasi ni... 
semalam nampak kat fb rohaisha menayangkan gambarnya.. lagilah membuatkan akak x sabar nak cuba resepi dia pula.. sedap tau bubur nasi ayam ni... akak dan anak anak suka sangat.. x rugi mencuba.. rasa macam x cukup pulak kami makan bertiga.. dan anak request suruh buat lagi... maknanya sedaplah tu... hehehe... tapi yang sebenarnya.. anak cukup tau merasa air tangan mamanya.. ia kata bubur nasi ni lain dengan resepi yang mamanya pernah buat dulu... yang dulu akak buat style china ada campuaran minyak bijan. dorang suka juga...
akak buat untuk sarapan pagi tadi...


BUBUR NASI BEREMPAH

Bahan Untuk Bubur:
1 cawan beras | cuci bersih
8 cawan air
2 bahagian isi ayam | potong dadu
10 ekor udang segar - akak tambah
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia | hiris lebar
1 kiub pati ikan bilis/ayam (saya guna jenama knorr) -akak guna ikan bilis
1-1 1/2 sudu besar serbuk/rempah sup Adabi | dibancuh dgn sedikit air - akak guna rempah soto
½ batang lobak merah | potong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan taburan:
Daun bawang secukupnya
Cili merah secukupnya - akak x bubuh
Cili hijau secukupnya - akak x bubuh

akak tambah:
ikan tenggiri masin - hancurkan (mengantikan telur masin)
ikan bilis - goreng
kacang tanah goreng
bawang goreng


Cara menyediakan:
1.Cuci beras hingga bersih dan masukkan kedalam periuk bersama air.
2.Masukkan kesemua bahan-bahan hiris seperti bawang merah, bawang putih, halia, kiub ikan bilis/ayam, lobak merah dan ayam serta udang. Biarkan hingga mereneh dan lembut.Sesekali dikacau gaul agar tidak berkerak.
3.Apabila bubur sudah kelihatan agak kembang, masukkan pula bancuhan rempah sup / soto disertai dengan gula dan garam.
4.Tutup api apabila bubur benar-benar telah masak.
5.Hidangkan  bubur bersama sambal tumis ikan bilis bersama telur puyuh.Taburkan juga hirisan cili merah dan cili hijau daun daun bawang.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...