followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, April 17, 2012

KERANG GORENG TOMYAM


lama x makan kerang.. teringin sangat nak makan... hasrat asal nak buat rebus cicah air asam je tapi last minit tukar plan.. hehehe
dalam gambar nampak cam  kerang rebus je tapi sebenarnya kuahnya ada sikit.. tapi dah terlepas ke bawah... x nampak macam kerang di tumis la pulak.. huhuhu.. yang nyata pasti sedap!


RESIPI KERANG GORENG TOMYAM

1 kg kerang - bersih
1/2 biji bawang - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili
1 batang serai - titik
1/2 kiub tomyam
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air - jika perlu
garam 
gula
sedikit minyak tumis
3-4 helai daun limau purut -koyakkan
cili api - belah x putus -nak pedas pecah pecahkan
1/2 biji bawang besar - potong bulat


panaskan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukkan serai.
masukkan serbuk cili dan kiub tomyam bersama sedikit air, kemudian masukkan kerang. kacau rata.
masukkan kedua dua sos, daun limau purut, cili api dan bawang bulat dan gaul rata.
akhir sekali masukkan garam dan gula. gaul rata. siap.

2 comments:

  1. suka nya saya menu sempoi cam gini..kena carik kerang ngan pes tomyam le gini...hehehe

    ReplyDelete
  2. lama betul tak akan kerang... sukaaa... tapi, malas nak kopek...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...