followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, April 23, 2012

DALCA DAGING CINCANG


Biasalah kalau buat dalca ni.. buat sedikit je tapi dah campur itu ini banyak pulak jadinya.. tapi x pe...  ini petanda baik sebenarnya... dengan masakan seperiuk inilah akak sedekah kat kawan kawan... tu pun masih cukup untuk kami makan sekeluarga... siap my laling beli 6 keping roti canai lagi untuk menyicah kuah dalca ni katanya sedap...


sedar x sedar habis 2 keping roti canai akak bedal.. hem... kolestrol bergandalah gamaknya...kenyang.. hingga tengahari tu akak x makan nasi hingga sebelah petangnya baru akak ambil nasi...


kuah dalca ni semakin di perangat semakin sedap sebab kuahnya makin pekat..


gambar ni di ambil ketika dalca baru masak..


  RESIPI DALCA DAGING CINCANG
Bahan-bahan:
500 gram daging cincang yang fresh
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Sayur-sayuran:
3 biji terung - akak guna 2 biji terung panjang
2 biji kentang - akak guna 1 biji kentang
10 urat kacang panjang - akak buat 5 urat je
1 batang lobak merah - akak guna 1/2 biji
2 biji tomato

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Ambil sekali lemak pada daging. Cuci & toskan.
Potong sayur-sayuran ikut suka (akak suka potong secara memanjang, kentang & tomato dibelah 4). Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih.
Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau. Masukkan rempah tumis.
Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar. Terus masukkan daging & tulang.
Masukkan air & tutup periuk. Biar daging & tulang empuk dahulu barulah masukkan santan & air asam jawa. Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato. Biar mendidih sebentar.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Sesuaikan rasa, angkat & bolehlah dihidangkan.

*sesuai di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan roti canai


3 comments:

  1. Sedapnya dalca dagingmu itu Nolie...Rahel suka makan dalca dengan nasi minyak..

    ReplyDelete
  2. tun pun terbayang nasi minyak bila tgk dalca nih. pastu masak jugak ayam masak merah. fuhh! sedap!

    ReplyDelete
  3. hok aloh la sedap sungguh....

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...