followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, April 19, 2012

CHICKEN STICKY CARAMEL CHICKEN WING


menu ulang tayang.. atas permintaan anak.. kalau nak tengok anak anak suka makan masakan kita... seeloknya kita buatlah apa saja yang anak suka.. garenti habis punya.. kita yang memasaknya pun turut gembira masakan kita laris.. hehehe..



RESIPI STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Bahan-bahan ( 24 keping )
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (saya tambah..)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar, saya pun sama..)


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...