followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 20, 2012

ROJAK MAMAK @ INDIA


dah lama benar akak x buat rojak mamak ni.. dulu dulu akak selalu buat.. lebih lebih lagi masa tu baru g belajar kat mummy fatimah penang.. bila buat je.. akak suka hantar kat jiran jiran sebab kalau buat mesti dapat banyak.. sebab mummy timah ni ajar cara orang niaga.. dari membazir akak hantarlah kat kawan kawan.. siap dorang mintak resepi lagi.. tapi sekarang ni kalau nak makan akak beli jer.. tapi tu laa.. bukan semua dapat memenuhi citarasakan..
ikut resepi ni x de pembaziran... boleh makan seisi keluarga.. sebab akak dah adjust sikit
rojak ni anak anak dan suami suka..


RESIPI ROJAK MAMAK @ INDIA
moh weh ke dapur

 ( 5 orang )

 Bahan Cucur :-

1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
30sen taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur

Untuk bahan cucur :
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
Siap bolehlah dihiris.

HIASAN BAHAN YANG DIGORENG

**adunan tepung :- (untuk tauhu/telur/kentang)
 tepung gandum
 serbuk kunyit
 garam
* gunakan lebihan adunan ini campurkan sedikit serbuk penaik untuk gorng udang kembung (masak last)

4 keping tauhu (goreng dengan sedikit adunan tepung) - potong kecil

6 biji telur (Di rebus dan di buang kulit nya, celup dalam adunan tepung semasa menggoreng)
minyak untuk menggoreng - belah 2

1-2 biji kentang potong (kemudian rebus dan di goreng dengan tepung) * akak x rebus sbb guna kentang jenis lembut

20 ekor udang (Gunting janggut nya saja,buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja. goreng dengan lebihan adunan tepung tadi tapi cairkan sedikit) * untuk jadi kembung, adunan tepung campurkan penaik dan di perap 1/2jam. kemudian pegang ekor udang lalu di celup udang dan digoreng dengan minyak yang panas

* ikut resepi asal ada cucur kerepeknya tapi akak x buat sebab x sempat.

1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Kesemua bahan ini di kacau rata dengan sedikit air dan apabila hendak menggoreng celupkan dulu sudip ke dalam minyak panas agar tidak melekat.
kemudian ambil sesenduk tepung bubuh atas sudip lalu di goreng (boleh letak udang dan bawang goreng untuk hiasan jika suka)

HIASAN LAIN LAIN

sengkuang - potong memanjang
timun - potong memanjang
taugeh - panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sekejab sahaja terus angkat.


RESIPI KUAH ROJAK

- Bahan kuah -
300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak

Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa

5 comments:

  1. Salam k.Norlie..dah lama xmkn rojak mamak ni.Mcm jarang jumpa dah..hihi

    ReplyDelete
  2. kalau rojak mamak tu tang cucur tu ada rasa santan sikit kan. agaknya diorang tukar air tu ke santan kan.. hehe nampak sedap tu.. tang kuah tu mmg menarik

    ReplyDelete
  3. kak norlie. sedapnyer!! dh lama x buat rojak.

    ReplyDelete
  4. kak norlie...saya pun kalau nak buat menu2 cam gini kena kuat semangat..kalau dak memang malas le sebab byk benda nak kena buat..kekekek...tapi nanti nak cuba la satu hari..:) terima kasih kak resepi..saya salin dulu ...kekekke

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...