followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, April 9, 2012

DAGING GORENG KENTANG LADA HITAM


masak simple simple je ni.. di kala kekeringan idea nak masak... sebenarnya penyakit M melanda...hehehe

 

masak main bedal je ni wp simple tapi berkhasiat.. semua cukup ni.. 
sedap tau...


RESIPI DAGING GORENG KENTANG LADA HITAM

250 g daging batang pinang yang lembut - potong nipis dan bersihkan - goreng sekejab(rebus jika daging liat)
5 utai kacang panjang - patah/kerat
1 biji kentang bersaiz besar - potong baji, goreng garam kunyit dan ketepikan.
1-2 biji tomato - potong baji
2 biji bawang besar - tumbuk lumat
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
5-8 tangkai cili api - belah x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 st biji lada hitam hancur
sedikit kicap
sedikit sos tiram 
garam secukupnya
sedikit minyak tumis


panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan daging dan goreng hingga masak.
setelah empuk masukkan kentang goreng tadi bersama kacang panjang. gaul rata.
renjiskan sedikit kicap dan garam secukupnya.
terus masukkan tomato, bawang bulat serta cili api. gaul rata.
akhir sekali masukkan lada hitam hancur.gaul sekejab. siap

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...