hari ni akak nk kongsikan resepi yang unik bagi akak tapi sedap sangat... mesti ada yang kata eh.. sedap ke ni..? cam x percaya je... kalau nak tau rasanya kenalah cuba...
kalau akak masak begedil ni harum satu umah baunya.. sempat juga akak beri pada kawan untuk memulangkan bekasnya.. dia tanya akak apa ni.. akak jawab begedil jantung... ia keheranan.. x pernah dengar.. baru pestime dia dengar... biasa dengar begedil kentang je... sambil melawak akak jawab... cubalah rasa dulu sedap ke idak.. sedap ke idak... hehehe... begedil ni sedap dimakan dengan cili sos
akak pernah buat ketika baru berblog dulu di sini
RESIPI BEGEDIL JANTUNG PISANG
300g udang kertas } di cincang
300g bawang besar -blh kurang } halus
4 biji cili merah + 1 biji cili padi }
1 sm rempah sup
1/2 st jintan manis
tepung gandum (agak agak-ikut jantung pisang) *lihat gambar akak di atas!
garam secukup rasa * jangan banyak sebab tepung x banyak nanti takut termasin!
2-3 telur - untuk salut -di kocok sikit
minyak untuk goreng tenggelam
gaul semua kecuali telur dan minyak hingga sebati.
kepal kepalkan adunan ini bulat bulat lalu di leperkan seperti kita membuat begedil lain.
buatlah sehingga habis.
panaskan minyak dan celupkan adunan begedil pada telur dan gorenglah begedil tadi sehingga kekuningan dan bewarna coklat.
angkat dan toskan.
hidangkan bersama sos cili.
* di sini akak x letak sukatan AIR kerana ianya terlalu sedikit/agak agak sekadar nk lekatkan adunan shj.
* sebenarnya akak pun x tau yang mana betul BEGEDIL @ PEGEDIL?!!
salam sis..
ReplyDeletepertama kali menjejakkan kaki kat sini salam kenal dari kenanga...
kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya mencuba resepi Soto ayam
nice song sis
wahh menarik la kak....boleh dicuba nih..:)
ReplyDeleteOh! Memang unik...pegedil jantung, first time Amie dengar. Tak tahulah mana yang betul, tapi dua-dua biasa diguna pakai sama ada pegedil atau bergedel (ada huruf r).
ReplyDelete