followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, November 9, 2012

PUDING ROTI MARBLE


meh kita memuding pulak... teringin nk makan... akak ambil resepi ni dari hana yang sekarang ni dah tenggelam timbul je.. tapi akak suka sangat jenguk blognya untuk melepaskan rindu membaca celotehnya.. ada kalanya tersenyum sendirian... hehehe.. untuk kali ni resepinya akak ambil myr je..
berbalik kisah resepi ni rasanya ramai dah cuba.. pastinya sedapkan.. jadi x perlulah akak nk hebuh hebuhkan lagi kerana dah ternyata sedap lemak berkrim ni..


RESIPI PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)


cara cara:

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
 Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...