followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, November 14, 2012

KUIH BAKAR DURIAN BONDA D


bingka ni akak buat untuk gotong royong menghias dewan sempena nak menyambut majlis berkhatan beramai ramai..minggu ni... kawan kawan semua kata sedap sangat kuih ni.. terasa lembut sebab akak lebihkan sukatan durian sekali ganda.. tapi hanya gambar 2 ketul ni je yang sempat akak selamatkan untuk di abadikan gambar... kecewa sangat....!
nak jadikan cerita... sedang akak nk upload gambar dari kamera tetiba ada gangguan sikit.. mr hubby terluka jari disebabkan kecuaian anak meletakkan pembuka tin..... masa tu akak nk masukkan gambar trus tinggalkan laptop.... bergegas ke dapur..  bila akak kembali ke laptop ada sebahagian masakan akak set nasi lemak, cucur dan termasuklah kuih bakar durian ni.. semuanya Terdelete...huhuhu.. akak pun x tau kerana kecuaian ke atau satu kebetulan.... hilang semua gambar akak dari kamera.. mujur tinggal hanya 2 ketul ni je... akak terpaksa ambil juga sebelum selamat di makan semuanya....


akak buat setengah dari adunan ni 
* bau yang amat semerbak ketika dalam oven

KUIH BAKAR DURIAN BONDA D

Bahan-bahan ( 7 keping )

900 / 1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
3 / 6 biji telur
1 1/2 / 3 cawan tepung gandum
1 /  1 3/4 cawan gula pasir *(akak kurangkan gula sebab akak lebihkan durian)
220 g / 180 gram isi durian *(memang akak masuk banyak, lebih sekali ganda)
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn


Cara-cara

Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
 Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
 Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING:
Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas. Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan. Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

 Untuk Kuih Bakar Keledek: Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar. Ini dia Kuih Bakar Keledek yang telah dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...