followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, November 1, 2012

SALAD DAGING ALA THAI


masyaallah..... sedapnya makan tengahari ni... salad ni amat sesuai sangat dengan selera akak yang mengemari masakan thai... ia sangat sedap.. x percaya cubalah.. ianya amat berbeza dengan resepi resepi yang kak pernah jumpa di tenet ni... memang ada kelainannya. mungkin kerana bahan A yang membezakan resepi ni...


* edisi daging kurban

SALAD DAGING ALA THAI
chef Zainab

300 g daging batang pinang 

bahan A - perap:

1 1/2 sb jus limau nipis tapi * akak guna lemon 2 sb
1 sb gula melaka * akak guna gula pasir sebab terlupa!
1 sb sos ikan / sotong
2 sb minyak bijan 
1 sb kicap cair
2 sb halia - sagat / kisar halus
1 ulas bawang putih - cincang lumat


bahan B:

200 g tomato segar - hiris
200 g timun segar (buang biji) hiris
1 biji  bawang besar - mayang halus
1 biji cili merah - mayang halus
6-8 biji cili api - hiris
2 tangkai daun pudina * akak dah cari tp x jumpa
1 tangkai daun selasih * akak x jumpa jg
1 tangkai daun ketumbar - hiris
4 helai daun limau purut - buang tulang tengah dan hiris halus
60 g kacang tanah - goring dan tumbuk kasar kasar
garam gula secukup rasa (hati hati sebab bahan perap dah ada perasa)


gaul rata bahan A dan tuang sikit pada daging, gaulkan dan simpan dalam peti ais 2 jam. nak perap lama pun x pe.
panggangkan daging dalam oven hingga masak.
keluarkan daging dan hiris halus daging tadi dan campurkan dengan bahan B dalam mangkuk besar dan masukkan lebihan bahan A dan gaul pada daging serta bahan salad tadi. perasakan garam dan gula secukup rasa

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...