followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, November 18, 2012

JANTUNG TUMIS SADIN


hari ni x tau nk masak ape daa... kering ideal! sebenarnya akak nak cepat bergegas ke surau depan jalan ni.. ada majlis gotong royong memasak anjuran surau Al-Ikhlas sempena berkhatan beramai ramai di sini... seronok tengok ragam anak anak yang bersunat ni.. ada yang kecil x menangis tapi yang besar pulak yang menangis... ada setengah tu nak menangis tapi malu malu... hehehe.. macam macam ragam.. 
oleh kerana akak hari ni sibuk di surau... akak sempat masak ala kadar sahaja laa... ada jantung pisang + sadin jadilah masakan ni... ermmm.. sedap ni tau.. jantung tu lembut dan sedap dimasak bersama sadin ni.. x percaya cubalah.. anak yang x makan jantung pun suka sebab bergaul dengan sadin..


JANTUNG TUMIS SADIN
miezah myr

Bahan-bahan ( 3 orang )

1 biji jantung pisang (hiris kasar )
1 tin sardin
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih*
1 inci halia *
Sedikit belacan*
Air secukupnya
2 - 3 biji cili padi*
Bahan perasa

Cara-cara

Tumbuk bahan * kemudian tumis hingga naik wangi..
Masukan sardin gaul sekejap..masukan jantung pisang gaul lagi.
Masukan air agak2 kuahnya..Bahan perasa..gaul rata biarkan hingga masak..
Tutup api..hidang panas2 dgn nasi putih

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...