followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, November 24, 2012

IKAN KUKUS SWEET SOUR


setelah penat menjelajah blog kayumaniskorner akhirnya akak terpikat nak buat masakan ni...

hari ni akak kongsikan resepi dari kak ruby.. memang sedap sangat cuma akak buat ikut ikan yang ada di dalam peti ais je.. malas pulak nak keluar membeli.. nak habiskan stok ikan mana yang ada saja.. 
pada yang berminat nk mencuba resepi ni akak syorkan ikutlah seperti resepi asal kak ruby.. ia menggunakan ikan bawal.. pasti lagi bertambah ummmph...


IKAN KUKUS SWEET SOUR

Bahan Untuk Kukus
2 ekor ikan bawah (dicuci bersih dan gaul garam) * akak try ikan talapia
2 batang serai (diketuk2 sikit) * x de stok
2 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (di potong besar)
1 biji lemon (dibelah 2, diperah air)

Semua bahan diatas dikukus hingga ikan masak.  Ketepikan.



Bahan Untuk Kuah

3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
(* ditumpuk halus)
1 sb sos tiram
½ cawan cili sos
½ cawan tomato sos
1 ½ cawan air
½ batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji cili kapal, hijau, merah & kuning (dipotong memanjang)
2 biji buah tomato (dibelah 4)
bunga kobis * akak tambah

Garam
Gula

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau.
Masukkan air, cili sos, tomato sos biar hingga mendidih, masukkan carrot, garam dan gula.  Biarkan hingga carrot lembut sedikit masukkan cili kapal, gaul kacau sebati rasa manis masam nya, tutup api.  Dan tuang dalam ikan kukus tadi.

4 comments:

  1. slm Kak Norlie..
    sedapnya tgk lauk yg dimasak kak ni..leh la nk try masak gini pula..


    pstt..cmne kak dh ok x mslh akak tu...akak ade masukkan x add emel bru disitu..bile add emel barula akan kuar 1 open invitations..

    ReplyDelete
  2. Salam Norlie, sedap ni....ikan kukus kakRos suka.

    ReplyDelete
  3. Qaseh honey... pagi pagi anak akak terus godek godek lagi.. akhirnya berjaya.. kalau x berjaya maka tinggal kenangan dan ucap selamat tinggal je la... ape nak buat hehehe.... alhamdulillah berkat pertolongan QH jugak ni... terima kasih banyak banyak...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...