followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, October 10, 2011

JERUK MAMAN


siapa suka makan jeruk maman ni.. bagi orang yang pandai makan jeruk maman ni memang terangkat makannya lebih lebih lagi kalau makan dengan nasi panas... biasanya kalau akak makan akak akan tambahkan isi ikan bakar, patah patahkan cili api dan tambahkan sedikit kelapa parut kedalam jeruk maman ni...

RESIPI JERUK MAMAN


600g sayur mamam segar petik daunnya, bersihkan dan toska
air masak yang benar2 sejuk (kena tenggelamkan sayur ni)
garam secukup masin (bancuhkan garam dengan air sejuk, kalau kita rasa dah masin tapi kena tambah garam sedikit lagi untuk buat jeruk ni)
nasi sejuk anggaran 2sb lebih.
gaulkan garam dan air dahulu kemudian masukkan nasi sejuk gaulkan pada sayur maman. 
letakkan di dalam bekas botol yang bersih dan bertutup rapat.

* setelah 2hari bolehlah di makan.

** ambil sedikit jeruk maman ni, sedap di makan dengan sedikit campuran kelapa parut, ikan bakar/ikan rebus goreng dan patah patahkan cili api dalamnya.


jeruk maman yang baru di buat

2 comments:

  1. sedapnya kak..saya kecik2 je makan jeruk maman ni..susah nak dpt la kat sini...aduii rasa nak p tanam sendiri pokok maman nih....heheheh

    ReplyDelete
  2. akak dah letakkan resepinya sekali tu.. bolehlah cuba buat

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...