followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, October 21, 2011

SATAY LILIT (AYAM)


* atas- sudah siap dibakar
* kanan- proses perapan
* kiri- baru siap dililit



resepi ni bukan akak yang punya.. akak ambil dari kelas Kemas yang akak belajar tempuhari... sedap tau..

RESIPI SATAY LILIT (AYAM)

1 kg isi ayam - potong nipis, panjang isi ayam anggaran 2in
bahan kisar *:-
2 sd cili kisar *(jika suka)
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sb jintan manis kasar *
1 sb jintan halus *
1 sb ketumbar *
1 in halia *
1 sb gula merah
1 sb asam jawa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
batang serai secukupnya untuk dijadikan batang lilit - di bersihkan

campurkan kesemua bahan kecuali serai untuk batang.
perapkan seelok elok semalaman dalam peti ais.
keluarkan dan dan lilit daging ayam pada batang serai. buatlah sehingga habis.
susun atas kuali leper @ dalam loyang pembakar seperti di dalam gambar.
bakar sampai masak sambil di renjis dengan minyak.

** jika di bakar dalam oven - sebelum masuk oven hendaklah di renjis ke atas satay lilit. bakar selama 10-15 minit.
**cara melilit ayam mulakan dari lilitan di bahagian atas hingga ke bawah kemudian ketepikan buat sehinggalah habis ke semuanya.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...