followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, May 3, 2012

AYAM BAMIA


baru semalam akak beli majalah Aroma Mei ni terus terpikat beberapa resepi kat majalah ni.. untuk pengetahuan.. majalah ni ada mengemukakan beberapa resepi istimewa dari Siti Delima dan cik Nuraini Mohd Marzuki.. tapi untuk resepi yang akak cuba ni adalah resepi seorang Chef mohd Zin.


untuk pengetahuan semua... masakan ni memang sedap dan secukup rasa.. anak teruna akak pun kata sedapppppnyeeee..


AYAM BAMIA
Aroma mei 2012

1 ekor ayam - potong kecil

bahan kisar:
300 g bawang besar
120 g bawang putih
100 g halia
120 g serai
80 g cili hijau
20 g serbuk cili
100 g tomato puri (yang ni akak blend sendiri tomato untuk jadikan pes)
130 g kerisik

bahan di sangai dan blend:
100 g jintan putih
100 g jintan manis
100 g ketumbar

200 ml madu
150 ml susu cair (akak tukar santan kotak)
10 g garam
15 g perasa
10 g kulit kayu manis
5 g bunga lawang
3 g bunga cengkih


Goreng ayam setengah masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik baunya
Apabila semua telah garing dan naik baunya, barulah masukkan cili hijau dan tumis hingga semua bahan tadi sebati dan pecah minyaknya.
Masukkan rempah ratus dan tumis sehingga garing.
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi sehingga masak selepas itu masukkan kerisik,susu cair / santan dan perasakan makanan untuk dihidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...