followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 21, 2012

MASAK TUMIS UDANG BERKACANG

hari ni cukup mencabar rasanya.. x tahan sungguh dengan cuaca yang membahang kepanasan.. malam ni dah mula rasa nak sakit tekak.. cane ni cadang nak puasa esok... tapi x taulah..bila dah rasa tekak sakit suhu badan pun dah macam naik je....  dah setengah botol telan 100plus ni..
cuaca yang panas ni menyebabkan akak kurang nak memasak ni sebab badan rasa cepat letih je.. tapi wp macamana pun dapur akak ni tetap jugak berasap..


RESIPI MASAK TUMIS UDANG BERKACANG

250 g udang tajam
1/2 ikat kacang panjang - potong pendik 
2 biji cili merah - tumbuk
5 tangkai cili api - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1/2 biji bawang besar - potong bulat 
1-2 biji tomato - potong baji (jika suka)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup garam
1/2 cawan santan
sedikit air
2-3 sudu minyak tumis


panaskan minyak.
tumiskan bawang tumbuk hingga wangi masukkan santan da sedikit air
biarkan mendidih sebentar
masukkan udang, balik balikkan dan masukkan kacang panjang, serbuk kunyit, bawang besar tomato dan garam
secukup rasa
didihkan sekali lagi hingga semua masak
sedia untuk dihidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...