followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, May 18, 2012

AYAM GORENG PERCIK


sedap masakan ni... ala ala ayam percik tapi digoreng...

siapa sudi nak cuba ayam goreng percik ni memang x rugi.. sedaaaaapppp... dan sempoy


ini contoh ayam yang telah dimasak didalam kuah kemudian di toskan dan di goreng sekejab..


ayam yang telah di goreng kemudian di siram kuah percik


RESIPI AYAM GORENG PERCIK

1 ekor ayam - potong beberapa bahagian

bahan blend:
20 biji cili api
10 ulas bawang kecil
5 ulas cili merah
2 batang serai
2" halia 
1/2" kunyit hidup
sepotong lengkuas

1/2 biji kelapa (ambil santan anggaran semangkuk sedang)
2 helai daun kunyit
5 helai daun salad - akak x masukkan
serbuk perasa secukup rasa
garam secukupnya

ayam dibersihkan dan potong mengikut suka hati.
cili padi, bawang kecil, cili merah, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan lengkuas di blend halus, kelapa diperah dan di ambil semangkuk santan
panaskan kuali dan masukkan bahan bahan yang di blend halus td, santan dan ayam.
kacau hingga sebati
kemudian masukkan daun  kunyit, salad, serbuk perasa dan garam.
biarkan ayam mendidih seketika 
angkat ayam yang sudah sedikit empuk tadi dan toskan kuahnya
kuah tadi di biarkan mendidih hingga pekat sambil terus dikacau.
gorengkan ayam yang di toskan sampai kuning dan toskan kembali
tuang kuah pada ayam ketika masa menghidang
siap dan sedia untuk di makan...

6 comments:

  1. Salam Kak Norlie.. sedapnyer ayam goreng percik tu.. amat sesuailah ngan i yang duk umah takde tanah neh.. nak bakar2 memang tak sesuai.. mmm buat erma terliur..hihihi

    ReplyDelete
  2. Salam Kak.. wahh ini sedap ni.. sedap sangat ni hehehe.. kecurr dah niiii.... nanti nak cuba...:)) macehh

    ReplyDelete
  3. sedapnyer kak.... terliur saya !!

    ReplyDelete
  4. Cukup..cukup sedappp!!!! Rajinnya Norlie buat ayam goreng percik... harumnya sampai ke tempat kita!

    ReplyDelete
  5. Salam kenal.
    Sedapnya ayam goreng percik....tq berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. sedapnya, buat perut yatie lapar lerrrrr singgah sini...nyumm..nyumm..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...