followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 7, 2012

HARI IBU....

akak terjumpa kenyataan ini di fb...

BEWARE!!!!
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya
Allah baru tahu...SEBARKAN..
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti
sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai
penghormatan terhadap Rhea,
ibu kepada tuhan mereka. Pada
tahun 1600 orang-orang England
merayakan hari yang mereka
namakan sebagai "Mothering
Sunday". Ia dirayakan pada hari
Ahad keempat setiap Lent. Lent
adalah tempoh masa selama 40
hari samada dalam bulan
Februari atau Mac. Dalam
tempoh ini, sebahagian orang-
orang Kristian akan berhenti
melakukan atau memakan
makanan tertentu atas alasan
agama. Amalan tersebut adalah
sebagai penghormatan mereka
terhadap Mother Mary. Mother
Mary adalah Maryam, ibu kepada
Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus
yang mereka anggap sebagai
tuhan. Dalam tempoh tersebut
juga, kebanyakan rakyat England
yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu rumah.
Mereka sanggup keluar jauh
meninggalkan keluarga kerana
percaya bahawa Jesus akan
memberikan kekayaan dan
kesenangan dalam tempoh
tersebut. Menjelang hari Ahad
keempat, mereka digalakkan
untuk bercuti oleh majikan, dan
pulang ke kampung untuk
bertemu dengan ibu. Setiap ibu
akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu
sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke
seluruh dunia dan ia kini
disambut sebagai penghormatan
kepada Mother Church. Mother
Church dianggap sebagai kuasa
spiritual yang agung yang
memberi manusia kehidupan dan
memullihara mereka dari
sebarang kecederaan. Sejak dari
itu, perayaan Mothering Sunday
telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan
mereka terhadap ibu sama taraf
dengan penghormatan mereka
terhadap gereja. Di Amerika
Syarikat, Hari Ibu disambut seawal
1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi "
The Battle Hymn of The
Republic" (TBHoTR). TBHoTR
telah dijadikan lagu patriotik yang
popular di kalangan warga
Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut
menyerlahkan lagi sentuhan
Yahudi dan Zionis dalam
mencaturkan politik dunia. Pada
tahun 1907 Anna Jarvis dari
Philadelphia telah memulakan
kempen untuk melancarkan Hari
Ibu. Beliau telah berjaya
mempengaruhi Mother's Church
di Grafton, West Virginia agar
meraya dan meraikan Hari Ibu
pada hari ulang tahun kedua
kematian ibunya, iaitu pada hari
Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu
dirayakan saban tahun di
Philadelphia. Anna Jarvis, dan
pendokong-pendokongnya telah
menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli
politik agar Hari Ibu disambut
secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya
sepenuhnya pada tahun 1911
apabila hari tersebut disambut
oleh hampir keseluruhan wilayah
Amerika. Pada tahun 1914,
Presiden Woodrow Wilson, secara
rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai Hari cuti umum
dan mesti raikan pada setiap hari
Ahad kedua dalam bulan Mei.
Biarpun sebahagian besar negara-
negara di dunia menyambutnya
pada hari yang berlainan, tetapi
negara seperti Denmark, Finland,
Itali, Turki, Australia, dan Belgium
masih merayakannya pada setiap
hari Ahad kedua dalam bulan Mei

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...