followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 29, 2012

TOMYAM AYAM PUTIH


kali ni akak mencuba pek serbuk tomyam putih,, saja nak ngetest... hehehe
akak x pernah mencuba pek segera perisa tomyam putih ni... rasanya kalau time kita malas atau x tau nak pikir apa nak masak memang patut simpan satu pek kat umahkan... dapat juga menyelamatkan menu hidangan kita untuk hari yang "blur".. heheheh..


RESIPI TOMYAM PUTIH

Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
Lengkuas dua potong (wajib!)
Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) ** tapi akak guna pek serbuk tomyam putih segera
Serai sebtg dua(ketuk)
Limau Nipis 6-8biji (Perah airnya)
Cili Padi 10biji (tumbuk jgn sampai hancur)
1 biji bawang besar - potong baji
Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
garam secubit dua(secukup rasa)
Daun Sup
Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je)
Susu segar satu sudu besar(ramuan rahsia)


Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
Selepas tu, masukkan stok ayam atau serbuk tomyam putih (jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan susu segar(guna santan pun boleh)
Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...