followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, May 4, 2012

KASWI PANDAN LEMAK


rata rata memang dah ramai peminat kuih kaswi ni... ramai yang telah menayang wajah kecomelan kuih masing masing... akak pun x mau ketinggalan keteapi jugak.. hehehe


sedap.. kenyal kenyal gitu...


RESIPI KASWI PANDAN LEMAK

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 bj telur (xkira saiz)
beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pewarna kuning(yg ni akak tambah nak beri sedikit kaler lain)
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.




kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. sape suka dipuji oleh MIL..tapis lah adunan ni yer..hehe..
seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
 bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...