followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 30, 2012

IKAN BAKAR ALA RENDANG


sedap makan tengahari ni... akak bakar dalam oven je... mudah keje.. dapur pun x berkecah.. masa nak tunggu masak akak dapat buat keje lain...
bakar cara begini isi ikannya lembut dan gebu


RESIPI IKAN TALAPIA BAKAR ALA RENDANG

1 ekor ikan saiz besar  bersihkan, kelar dan lumurkan dengan garam kunyit hingga rata

bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5- 8 tangkai cili api
2 batang serai

1/2 st serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit jus limau
3-4 helai daun limau purut - hiris halus
kertas foil - balut ikan (sapu dengan sedikit planta sebelum letak ikan)

bentangkan foil dan letakkan ikan yang telah digaul sebati dengan bahan tumbuk, garam dan jus limau terlebih dahulu. kemudian taburkan daun limau purut dan bungkus ikan tapi jangan terlalu padat
bakar api atas bawah 200-230 30 minit @ hingga masak. boleh di balikkan ikan untuk masak sekata


1 comment:

  1. Salam Kak Norlie.. wahh ni sedap ni.. luar biasa... kecurr pulak dah nii haiii

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...