followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, June 8, 2013

MEE SIAM (BERKUAH)


menu dinner... mood nak makan mee hoon yang berkuah...  macam macam yang rakan fb syorkan tapi akak memilih untuk masak mee siam berkuah ni.. ermmmm.. sedapnya.. selalunya jika akak buat mee hoon singapore... mr hubby mesti request buatkan kuah sekali untuk dimakan dengan mee hoon singapore.. punsedap juga tau..

MEE SIAM (BERKUAH)

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 - 400 gm taugeh (bersihkan) - x de stok

Bahan-Bahan Utk Rencah Mee:

1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
minyak utk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tp jgn bubuh terlalu byk krn belacan & udang kering juga memberi kemasinan pd bahan ini)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
2) Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.

Bahan-Bahan Utk KUAH:

½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
air asam secukup rasa (kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)

Cara Membuat Kuah:

Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.

Bahan Taburan/Sampingan:

10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
daun kucai (dihiris)
limau kasturi (dibelah dua)
* sambal tumis

Sambal Tumis Ringkas:

1 cawan cili kering kisar }
1½ - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:

Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap disantap!!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...