akak nak cuba resepi doh pizza yang akak jumpa hasil dari merayap hari ni... hehehe.. tapi akak telah gandakan resepinya sebab akak buat 5 pcs besar dan akak gunakan water roux dari resepi lain..
seperti biasalah jika akak buat pizza intinya memang akak olahkan sendiri.. akak lebih suka buat dengan cara bahan bahannya ditumis mesra barulah akak letakkan sebagai intinya.. sebab dengan cara ini rasanya lebih sedap dan rasa intinya lebih memikat selera sebab semuanya telah dimasak terlebih dahulu...x gitu..?
seperti biasalah jika akak buat pizza intinya memang akak olahkan sendiri.. akak lebih suka buat dengan cara bahan bahannya ditumis mesra barulah akak letakkan sebagai intinya.. sebab dengan cara ini rasanya lebih sedap dan rasa intinya lebih memikat selera sebab semuanya telah dimasak terlebih dahulu...x gitu..?
PIZZA AYAM BLACK PEPPER
Bahan Doh:
-400gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-20 gm gula
-12 gm yis basah + lebih kurang 40 gm air suam
-100-120gm air sejuk
-1 sudu makan mentega
-4 sudu makan water roux [ resepi water roux di sini]
Bahan Inti (resepi sendiri):
-5-6 batang sosej ayam - hiris
-300 g isi ayam - dadu / cincangkan
-1 tin cendawan butang - hiris
-sedikit sayur campur
-2 biji bawang holland - dadu kasar
-1 ulas bawang putih - cincang
-sos cili secukupnya
-sedikit black pepper hancur (beli jer) / tumbuk
-garam gula secukupnya
-sedikit minyak menumis
* sedikit air - jika perlu
Bahan sos:
-sos cili + sos tomato (gaul sekali)
-mayonis
Bahan hiasan:
-lada benggala hijau( itu je yg ada) * jika letak 3 warna lg menarik
2 biji tomato segar - hiris - bulat
-2 sudu teh oregano flakes
-2 sudu teh mix herbs
-250 g keju parmesan - pek siap hiris
-1 pek cheddar slice - potong
Cara-Cara:
panaskan minyak.tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga wangi.
masukkan ayam dan sosej hingga masak. masukkan sedikit air jika terlalu kering.
masukkan sayur campur dan cendawan tin. gaul rata.
masukkan cili sos dan taburkan black pepper.
perasakan dengan garam gula secukupnya.
angkat dan sejukkan.
adunan roti pizza:
Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
Masukkan gula, water roux dan yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Selepas direhatkan, tumbuk doh untuk membuang udara.
Bahagi doh kepada dua bahagian sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan " [ aku guna tudung periuk je ] dan ikut bentuk acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
cucuk cucukkan permukaan roti pizza dan bakar 5 minit dan keluarkan.
* Sapu permukaan doh dengan minyak(akak x buat)
Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
Letak sayur campur, lada benggala dan cendawan butang. Picit mayonis di atasnya.
Tabur parutan keju diikuti mix herbs dan oregano flakes.
Bakar 20 minit atau hingga masak.
salam
ReplyDeletemalam2 ada pizza kat sini..wahhh!!npk sedap pizza tu..
sedapnya kak.... :P
ReplyDelete