followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, July 4, 2013

KETAM BERCILI (CHILI CRAB)


menambah satu lagi koleksi istimewa masakan ketam yang sedap.... specialnya masakan ni sebab ia di campurkan telur ke dalam masakan, jadi bukan sekadar masak ketam cili biasa.. sebab ia tidak dimasukkan bawang...
 memang sedap dan ada ummmmpphh...
cubalah...


RESEPI KETAM BERCILI (CHILI CRAB)
CHEF ZAINAB

BAHAN-BAHAN:

5 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu makan halia (dicincang)
6-8 biji cili merah (dikisar)
3-4 biji cili padi (dikisar)
1 biji telur
1 camca besar jus lima nipis
2 batang daun bawang
Sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

BAHAN SOS

1 cawan air
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sedikit tepung jagung - jika perlu

CARA-CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga wangi
4. Masukkan ketam dan bahan sos. Reneh perlahan hingga ketam masak
5. Pecahkan telur dan kacau. Masukkan perahan jus limau nipis.
6. Perasakan dan siap dihidang bersama daun bawang dan daun ketumbar.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...