followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, November 14, 2011

APAM TEPUNG GANDUM


breakfast pagi ni... kenyang perut. pagi ni terlebih rajin lak... sebenarnya mr Hubby yang request kuih apam ni 2-3 hari lepas tapi kerana akak kurang sihat masa tu.. dan baru sekarang akak penuhi permintaan dia.. harini anak dan mr Hubby pulak yang kurang sihat... agaknya nilah di katakan demam sekeluarga..hehehe.. lepas sorang... sorang di serang demam.
akak suka buat apam ni sebab x perlu nk peram lama.


RESIPI APAM TEPUNG GANDUM

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
1 paket yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
pewarna ikut suka (akak guna pewarna hijau)

mula mula ayakkan tepung gandum bersama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun x pe)

satukan bahan ayak bersama dengan gula ke dalam mangkuk. gaul rata.

selepas itu buat lubang kat tengah tengah bahan tadi dan masukkan yis mauripan.

masukkan air suam di tengah tengah bahan tadi dan kacau kacau yis bersama dengan air. kalau yis tu elok.. dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau kacau rata bersama dengan bahan bahan lain sehingga sebati. (jangan ada ketul tepung)

akhir sekali letakkan pewarna dan kacau kacau rata. tutup mangkuk dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama lama sebab kita pakai yis sepeket.. nanti dia rasa masam.

panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.

boleh guna acu bulat @ loyang biasa. kalau guna loyang biasa, griskan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong

bila kukusan dah panas, bolehlah dikukus. kukus dalam 20 minit.. @ lebih..

boleh dihidangkan bersama kelapa putih yang dikukus dengan garam.

10 comments:

  1. wah...gebunya nampak apam ni..kaler pun menarik..

    ReplyDelete
  2. cantik apam kak norlie tu tersenyum mekar aje

    ReplyDelete
  3. ingat apam tpg beras td sbb nmpk gebu je. apam gandum biasa tp tambah susu tpg..bolehlah cuba lps ni.

    ReplyDelete
  4. akak..saya lama betul tak buat apam ni...hehhehe....elok kembangnya..

    ReplyDelete
  5. Lembutnya nampak apam tu, rasa cam nak ngap aja...

    ReplyDelete
  6. cida...mimi... xsangka naik gebu camni...

    ReplyDelete
  7. qiunnie.. akak terjumpa kat myr.. suka sbb x perap lama

    ReplyDelete
  8. wattie... hee3x.. meh le datang ambik

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...