followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 13, 2012

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - FONDANT CAKE BATIK ARORA


tempahan kek tema bunga dalam taman untuk hantaran yang siap lengkap dengan bekas hiasan ini akan di terbangkan ke Negeri Sembilan esok...


di dalamnya adalah kek batik arora yang cantik menawan... gebu dan lembut


harap berpuas hati hasil kerja tangan akak ni...





bertemakan warna pink


kek yang siap pekej dalam bekas hantaran tema pink


kek yang siap bersemayam di dalam bekas




siap lengkap untuk di terbangkan...



RESIPI KEK BATIK ARORA
loyang 9" bulat

bahan2:

250 g mentega
100  gram gula castor
1/2  cawan susu pekat manis- leh guna 3/4 cwn utk lebih manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

cara:

pukul mentega + gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis
pukul sebati
masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
ayak tepung + baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati

bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
warnakan + perisakan ikut kesukaan (setiap warna hanya guna beberapa titis perisa)
sediakan loyang...
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis
(setiap tompok 1 senduk)

bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam
(aku guna api bwh shj)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...