followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, May 8, 2011

sempena hari ibu... TALAM PULUT KUNING BERLAUK



sempena hari ibu ni akak buat talam pulut kuning berlauk ni.. huhuhu.. memang sedap sangat.. agak sesuai dengan selera akak ni..
sebenarnya pulut ni Mr hubby bawa banyak dari jamuan ofisnya.. dia asyik tanya akak, nak buat apa pulut banyak sangat ni.. dia tanya sebab rendang ayamnya dah licinnn.. akak kata jangan membazir simpan dulu dalam peti ais sebab takut basi.. keesokkannya terus akak buat kuih talam ni..hasilnya ermmm... ramai yang kata sedap!!
setelah timbang pulut yang ada pada akak ni 800g lebih.. jadi akak masukkan semua pulut ni.. hasilnya ok. menurut resipi asal guna loyang 10" tapi akak rasa hanya sesuai loyang 9"je. kalau x mungkin lagi nipis je lapisan pulut akak ni. 


RESIPI TALAM PULUT KUNING BERLAUK
k.fida
  • LAPISAN PULUT KUNING :- (ATAU 1.2 kilo pulut kuning siap masak)
  • 600 g beras pulut - cuci bersih - akak guna 850g pulut kuning
  • 350 ml santan (100ml KARA + air)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - dikerat2
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1 sb pewarna kuning lemon*
  • 1-2 keping asam keping*
  • LAPISAN ATAS :-
  • 975 ml santan pekat (400ml KARA + air)
  • 75 g tepung gandum
  • 105 g tepung beras
  • 2 biji telur kecil - (atau 1 biji telur besar)
  • garam secukup rasa
  • BAHAN LAUK :-
  • 1/2 kilo daging cincang - cuci dan toskan - akak guna 400g/1 kampit
  • 2 ulas bawang kecil*
  • 1 hiris halia*
  • 1 sk campuran jintan halus dan kasar* - disangar (tumbuk bersama bahan2 yg bertanda*)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • BAHAN TABUR :-
  • secukup daun sup,daun bawang,cili merah yang dihiris halus dan bawang goreng
  • ***Masak bahan untuk lauk seperti biasa hingga kering dan sejukkan.

Cara-cara

  1.  UNTUK LAPISAN PULUT KUNING :- rendam beras pulut dengan bahan2 yg bertanda selama 2 jam, toskan dan campurkan dengan santan,garam dan daun pandan dan kukus selama 20-30 min,keluarkan pulut dan arunkan rata2 lalu kukus lagi 5 min atau hingga masak.
  2.  Gaul pulut kuning dengan 1/4 bahagian lauk daging hingga rata dan padatkan di dalam loyang yang dialas daun pisang dan digris.Kukus lagi dengan api perlahan sementara menyiapkan lapisan atas.
  3.  UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan santan dan tepung2 dan tapis.Masukkan telur dan garam dan 1/2 bahagian lauk dan 1/2 bahagian bahan2 taburan dan masak hingga naik wap sambil dikacau.Tuang ke atas lapisan pulut kuning tadi dan tabur lebihan lauk daging dan lebihan bahan taburan dan kukus terus hingga masak lebih kurang 30 min.
  4.  Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan.

10 comments :

  1. salam ziarah dan selamat berkenalan..
    waw mengancam jiwa tengok talam kuning berlauk akak ni, bestnye...nak rasa boleh..nanti dtg ambil kad@award followers ya...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....wah wah wah!!!! sangat menyelerakan betol talam ni...

    ReplyDelete
  3. Assalam, sedap nampak talam tu...Selamat Hari Ibu ye....

    ReplyDelete
  4. as-salam
    sedapnya talam tu...ada 2 rasalah ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Norlie...Wahhh pulut dah berubah wajah....Nyum nyum nyum mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  6. adiweyah akak dah lekatkan di dinding.. kad n award tu.. mekaseh yee..

    ReplyDelete
  7. nuwairani... ko ni ade ade je...

    ReplyDelete
  8. antan bertingkah..talam kat umah antam lg mengancam...

    ReplyDelete
  9. ady.. memang sedaplah talam pulut kuning berlauk ni..

    ReplyDelete
  10. sue @ nenie.. pulut yang berubah wajah ni memang x tau nak kata... memang sedap!

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...