followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, June 1, 2012

MASAK LEMAK TELUR ITIK


akak telah berjaya buat masak lemak telur itik ni... nampak tu cantik je.. telur x nampak pecah atau hancur gitu.. kadang kadang tu akak rasa geram dan frush melihat telur yang akak masak.. agak kurang menjadi.. sebenarnya masak ni kena pandai main api.. ia jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil


akak ada sedikit petua untuk dikongsikan mengenai masak telur ni.. sebelum pecahkan telur masukkan beberapa titis cuka ke dalam masakan ini... 
untuk mengelakkan pecah lemak santan ni akak ada terbaca seorang chef di fb memberitahu masukkan satu sudu tepung ke dalam masakan dapat menyelamatkan dari pecah minyak..
dua dua petua ini akak buat.. Alhamdulillah..ok je masakan lemak kita..


RESIPI MASAK LEMAK TELUR ITIK

4-5 biji telur itik - bersihkan dulu kulit luarnya
10 biji cili api - tumbuk lumat
1 biji bawang kecil- tumbuk
1 1/2 - 2 cawan santan + sedikit air (jika pekat)
sedikit serbuk kunyit @ kunyit hidup
daun limau purut - jika suka ( masukkan jika rasa telur berbau )
garam secukup rasa

masakkan dulu bahan tumbuk bersama santan, garam seta serbuk kunyit dan masaklah sehingga mendidih.
perlahankan api kemudian masukkan telur satu persatu tapi hendaklah di kacau perlahan sekejab. biarkan seketika sehingga nampak telur tadi keras sedikit barulah dikacau perlahan.
masukkan daun limau purut. 
kuatkan semula api dan hendaklah sentiasa dikacau perlahan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...