followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, August 2, 2011

IFTAR 1: MASAK LEMAK IKAN TALAPIA LAUT BEREMPAH

TERLEBIH DAHULU DI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA  RAKAN BLOGGER SEMUA


hari ni dah mula terasa perit tekak.. agaknya kekurangan air.. hai.. entahlah.. kepala pun terlalu sakit. ni mungkin cuaca di luar sana terlalu panas dan badan pun kurang berehat sepenuhnya..


pernah dengar ikan talapia laut x? isinya sedap dan lembut.. yang bestnya ikan ni hanya ada tulang besar jer.. ikannya seakan talapia tapi lebih besar sekali ganda. amat sesuai di buat ikan steam..


RESIPI MASAK LEMAK IKAN BEREMPAH

1/2 ekor ikan talapia laut( ikan ni agak besar akak kerat 2 lagi) - akak gaulkan dengan garam kunyit lalu akak goreng sekejab saja. tujuan jangan beri ikan ni hancur sebab isi ikan ini terlalu lembut.

bahan tumbuk:
10 tangkai cili api
2 biji bawang kecil
1 batang serai - titik

1 sb serbuk kari ikan 
1 st serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam 
2 keping asam keping

2 tangkai cili hijau - patah 2
5 biji tomato ceri

masukkan ke semua bahan ini kecuali cili hijau dan tomato ceri.
masaklah sehingga mendidih. 
ketika mengalihkan ikan harus hati hati sebab isinya mudah lerai.
masukkan garam secukup rasa.
bila mendidih baru masukkan cili dan tomato dam didihkan sekali lagi.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...