followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, August 2, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN (VERSI KUKUS)


kek ni akak buat ketika buat jamuan jiran wanita yang menyambut hari kelahiran yang jatuh bulan 5/6/7/8-2011 ahad sebelum berpuasa.


akak rasa lapisan ombak dari serbuk koko dan milo agak kurang nampak alunnya.. x pe len kali akak akan buat ia lebih terang dan terancam hehehe.. ape pun kek versi kukus ini memang lembut sangat.. dan rasa pun memang sedap.. 



RESIPI KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)
k.fida

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

5 biji telur - A yang sejuk dari peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk vanila
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
10 sb mentega cair (100g)
pewarna oren, hijau, kuning dan merah @ warna2 pilihan ikut suka
secukup serbuk koko @ serbuk milo ( boleh campur kedua sekali)

GAMBAR KECIL DIBAWAH NI ADALAH GAMBAR DARI MYRESIPI K.FIDA SEBAGAI RUJUKAN GENERASI AKAK AKAN DATANG...
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Kek_velvet_ombak_beralun_003
     Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Kek_velvet_ombak_beralun_004
     Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Kek_velvet_ombak_beralun_006
     Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Kek_velvet_ombak_beralun_016
     Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Kek_velvet_ombak_beralun_013
     Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Kek_velvet_ombak_beralun_019
     Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Kek_velvet_ombak_beralun_020
     Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Kek_velvet_ombak_beralun_026
     Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Kek_velvet_ombak_beralun_034
     Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...