followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, August 3, 2011

IFTAR 3: AYAM GORENG CAJUN BERSERAI


pertama kali menggoreng masakan ayam ni.. terus jatuh cinta.. akak tertarik dengan baunya yang harum dan rasa masakan yang bercampur rempah cajun ni. untuk masakan ni akak x guna rempah serbuk sebab anak akak ada balik berbuka di rumah.. dia minat pada serbuk serbuk ayam goreng ni.. jadi semuanya akak guna rempah biji je.. nampaknya kenalah rajin menumbuk..hehehe


                                                           Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:
  • 2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan - akak guna mana2 bhgn ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
  • 4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
  • 1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
  • 1 tbsp serbuk ketumbar (akak guna ketumbar biji)
  • 1 tbsp rempah cajun
  • 1 tsp serbuk jintan putih (akak guna jintan putih)
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng



 Cara2:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
  2. Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...