followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, August 2, 2011

IFTAR 2: IKAN TERUBUK GORENG ala BAKAR CICAH AIR ASAM


Dah lama benar akak x makan ikan terubuk kerana mr Hubby kurang minat ikan ni di sebabkan tulangnya yang terlalu banyak.. oleh kerana mr Hubby berbuka di surau jadi akak buat untuk diri akak. sedap ni.. layan sesorang jek ni..

sebenarnya ikan terubuk yang akak makan ni kurang tulangnya sebab sebelum akak menyiangnya akak telah menarik dengan menyentap kepala ikan kan ekor dengan dengan kuat, kemudian barulah akak mengeratkan badan ikan ni.

untuk memberi rasa ikan ni seperti ikan terubuk bakar.. jangan di buang sisik sisiknya, barulah bila sudah dimasak isinya tetap lembut dan x garing. setelah di bersihkan ikan ni hanya perlu gaulkan garam sahaja. kemudian panaskan sedikit minyak 2-3 sudu sahaja(ikan jangan digoreng terendam). api mesti kecil dan kuali mesti di tutup agar ikan cepat masak.


RESIPI IKAN TERUBUK GORENG ala BAKAR CICAH AIR ASAM

ikan terubuk - jangan di buang sisik.
sedikit garam
2-3 sudu minyak

panaskan minyak.
gorengkan ikan dengan sedikit minyak tadi.
kemudian tutupkan kuali. 
sesekali buka tutup untuk membalik balikkan ikan agar masak keseluruhan ikan terubuk itu.

sambil ikan masak bolehlah di buat air asamnya

AIR ASAM

esipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.

2 comments:

  1. salam kaknorlie...saya suka makan ikan goreng cam ni lepas tu cicah dgn air asam....sedapnya...makan lak dgn nasi panas....:)

    ReplyDelete
  2. haah la.. sedapkan.. boleh bertambah nasik ni..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...