followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, June 19, 2011

RENDANG AYAM MINANG


ikutkan resepi ita seekor ayam tapi akak buat sebelah ayam jer.. tu pun jenuh juga akak nak habiskan.. pada akak suka juga rendang minang ni tapi my laling agak kurang sikit sebab warne nya x merah cam rendang pedas yang biasa tu agaknya.. mungkin kerana warnanya kurang memikat seleranya.. terima kasih ita yang sudi kongsikan resepi pak engku ni... apa2 pun bagi akak sedap jer...


RESIPI RENDANG AYAM MINANG
PAK ENGKU

1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar
2 inc halia - dikisar
4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas
rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit dimayang
2 kiub ayam - ita tambah
1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah 


Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...