followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 15, 2011

DAGING BERANTU..


nama masakan ni DAGING MASAK ANTU ♥ (bukan akak yang beri nama ni tau..) agaknya kalau makan memang berantu sebab x nak stop.. stop!! ye ker?! hai.. nampaknya hilanglah diet kalau x stop stop!! hahaha...


ape pun namanya masakan ni.. memang sedap.. akak terjumpa dalam Myresepi.. buat pun mudah je..bahan pun simple je..


RESIPI DAGING MASAK ANTU

500 gm daging batang pinang (daging sejuk beku pun boleh he he)
kicap kipas udang yang manis secukup rasa
2 labu bawang besar dihiris halus (bwg holland ya)
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
25 tangkai cili kering (atau lebih ikut suka)
1 btg serai titik
2 biji ubi kentang di hiris lebar ( tak nak pun tak pe) - akak x letak pun
minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. bersihkan daging n hiris kecil-kecil and nipis sedikitlah
  2. perap daging bersama kicap kipas udang, kalau bole semalaman
  3. Sangan (goreng tanpa minyak) cili kering n jintan sampai cili kering agak layu dan jintan ringanlah
  4. kisar campuran cili kering dan jintan dengan air sampai betul2 sebati dan halus
  5. goreng bawang besar sampai kekuningan n bangkit bau, tos dan ketepikan
  6. tumiskan campuran cili kisar tadi dengan menggunakan minyak bekas goreng bawang tadi..biarkan hingga pecah minyak
  7. campurkan dengan daging yang diperap semalaman tadi..kacau and biarkan sampai kering ye
  8. sesudah betul2 kering campurkan bawang yang telah digoreng tadi..dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan nasi putih panas atau dengan nasi impit..hmm sedap..
  9. Kalau guna kentang, pastikan kentang diletakkan sebelum daging kering ye.. tak letak pun tak pe..tapi saya selalu campurkan sebab suami suka kentang he he

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...