followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 29, 2011

DAGING CAMPUR GORENG KICAP


Kalau masak campur goreng kicap ni akak suka sangat meratah.. sebab sedap! masakan ni sebenarnya amat ringkas dan sesuai di masak bila bila saja..


RESIPI DAGING CAMPUR GORENG KICAP

1/2 kg daging batang pinang - bersihkan tabur garam kunyit dan goreng lalu ketepikan.
300g kacang pin - potong serong
1 biji kentang besar - potong wedges tabur garam kunyit dan goreng lalu ketepikan.
tumbuk:
2 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 sb lada hitam

2 sb kicap 
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit garam
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
sedikit minyak tumis

panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
masukkan daging goreng, kentang goreng dan gaul hingga sebati.
tuangkan semua sos dan kicap, kacang pin dan masukkan garam. kacaukan.
akhir sekali masukkan bawang bulat, cili merah dan gaul sehingga layu.
sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. sedapnyer kak...tgk pun dah tahu sedap nih...ni kalau pekena dgn nasik panas2...sambal belacan...pergh...mmg terapung2 la...he he he

    ReplyDelete
  2. akak pun suka ni.. simple je..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...