sebenarnya masakan ni masak pucuk paku udang bertumis santan tapi oleh kerana akak dah terlebih gunakan cili kering maka terjadilah merah menyala cam asam pedas rupa parasnya.. hihihi
RESIPI MASAK PUCUK PAKU UDANG BERTUMIS SANTAN
1 ikat pucuk paku - di patah2kan dan dibersihkan
10 ekor udang sederhana besar
di tumbuk :-
8 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
secubit belacan - jika suka
1 st serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 cawan santan pekat
sedikit air
minyak menumis
panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan udang. gaul sebati sehingga udang masak. masukkan santan pekat, serbuk kunyit, garam. masaklah sehingga mendidih dan masukkan sayur pucuk paku. didihkan sekali lagi. tututp api.
No comments :
Post a Comment