followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 23, 2011

SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS


sambal tumis ni sengaja akak buat pekat likat camni.. kerana rindukan masakan emak akak sanggup buat  secara tumbuk belaka.. sengaja akak tumbuk cili kering yang tidak berapa hancur gitu... kemudian akak masak hingga  semua bahannya garing... kalau rajin buat cam ni sambal tumis ni tahan di simpan lama tapi dengan adanya sambal begini memang x sempat nak simpan simpan dah.. hihihi...


RESIPI SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS

1 mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan dan digoreng lalu diketepikan
10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
5 biji bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit jus asam jawa
sedikit belacan
minyak menumis
garam 
gula
bawang besar - dipotong bulat

panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
masukkan asam jawa dan masak lagi hingga kering.
masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
masukkan ikan bilis yang goreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat.
perasakan dengan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
siap.

* boleh masukkan sedikit shj sos tiram dan sos tomato.. tapi masaklah juga hingga kering

** ada yang kata sedap dicicah dengan ubi rebus..

3 comments :

  1. akak! sedapnya! kalau sy, makan dgn roti gardenia pon jalan aje...

    ReplyDelete
  2. nuwairani ismail.. ye ke... akak makan dengan nasi putih je ni...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...