followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 6, 2012

JEMPUT PISANG LEMAK MANIS MASIN


jangan le ade yang "terkezuuuut" lihat jemput pisang akak ni nampak garam di luar.. hehehe.. jangan x tau... di sinilah terletak keistimawaan dan keunikkannya...
dulu masa mula kahwin suami akak heran sungguh lihat setiap kali akak buat jemput pisang cara begini... lama lama dia pun tiru style akak.. dia kata lebih sedap ada rasa lemak manis masin... rasanya berbeza dengan garam di dalam adunan.. x percaya.. try la.. pada sesiapa yang teringin nk cuba...


RESIPI JEMPUT PISANG LEMAK MANIS MASIN

1 cawan pisang yang dilenyek
11/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
* garam


campurkan adunan semua hingga sebati kecuali garam dan minyak.
panaskan minyak, setelah panas masukkan sedikit garam ke dalam minyak.
kemudian jemputkan adunan tadi terus ke dalam minyak dan gorenglah seperti biasa.
bila garing angkat dan toskan. sedia untuk dimakan


* garam akan tersalut dengan sendirinya...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...