followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 14, 2012

KERABU IKAN REBUS


sebenarnya memang selalu buat kerabu ni.. tapi kerabu ikan kali ni memang menepati citarasa akak sekeluarga.. sedap tau. 
biasanya kita buat kerabu yang guna kerisek dan beras goreng yang selalu di buat ialah kerabu kerang yang bercampur sedikit pucuk paku atau yang ada bahan ulaman seperti kacang botol dan sebagainya.. tapi kali ni  hanya guna ikan sebagai bahan utamanya.. rasa ikan yang memberi kelainan dalam resepi ni...


hidangan hari ni memang menepati citarasa kampung.. sedap makan bersama telur masin jika ada..



sedap.. jangan x percaya....


RESIPI KERABU IKAN REBUS

Bahan-bahan ( Semangkuk )

3 ekor ikan kembung (direbus dengan asam keping + Hancurkan isi)
2 biji tomato (Buang biji + potong memanjang)
1 biji bawang besar (potong)
3 camca serbuk beras (beras goreng + kisar kasar)
1 camca kerisik
2 camca air asam / air limau nipis
Bahan-bahan ditumbuk :
5 biji cili padi (Kalau nak pedas lebihkan lagi)
2 biji cili besar
Sedikit belacan
Sedikit garam
Cara-cara

Gaul semua bahan sehingga menepati citarasa tekak anda dan hidang dengan nasi panas-panas.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...