followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 13, 2012

ROTI SADIN


akak buat ketika akak hantar anak balik ke U sebagai buah tangan untuk rakan serumahnya di Casa Prima seberang Prai...

untuk pengetahuan akak dah pernah buat dulu.. di sini sebab sedap dan ringkaslah akak buat lagi untuk memenuhi selera anak. kalau buat setakat 10 ketul roti ermmmm.... memang rasanya x cukup..


roti yang sedap.. sekali makan nak lagi dan lagi... 


RESIPI ROTI SADIN
yatie

10 ketul bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 biji cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 biji telur
minyak



untuk inti:

Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara- Cara, boleh lihat di sini
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tapi jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti tadi sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya


 oleh kerana ramai yang suka semuanya x puas makan.... huhuhu


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...