followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, June 9, 2012

DAGING KICAP BERCILI


baru baru ni family kakak ipar datang ke rumah.. inilah salah satu hidangan yang dapat akak sajikan.. kebetulan akak pun dah lama x rasa masak daging cara begini.. teringin la tu.. hehehe

akak sebenarnya suka masak daging kicap bercili ni sebab ia simple tapi sedap.. hanya guna kicap masin dan x perlu tambah garam.. biasanya orang buat masak hitam kebanyakkannya menggunakan kicap manis dalam masakan.. tapi masakan ni sebaliknya pula

pada yang x pernah mencuba silalah mencuba.. bahan pun simple dan x perlu guna santan dan pasti tahan lama. sesuai untuk di bawa untuk perjalanan yang jauh


DAGING KICAP BERCILI

1 kg daging batang pinang - potong kecil dan bersihkan perapkan bersama
1/2 botol kicap masin
gula secukup rasa

rm1.00 cili kering -buang biji dan blender
10-20 biji bawang merah - dijadikan bawang goreng
sedikit air asam jawa
garam
minyak menumis - goreng bawang tadi.

panaskan minyak.
tumiskan cili kering yang telah di blender hingga pecah minyak.
kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi.
masaklah hingga daging empuk.
masukkan air asam jawa dan garam.
setelah daging benar benar masak taburkan bawang goreng dan gaul sebati.
sediakan untuk di hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...