followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, June 16, 2012

IKAN KEMBONG SWEET SOUR


family akak suka sangat makan ikan sweet sour ni.. sebab tu akak jadi rajin buat.. kalau mr hubby beli ikan kembung jenis besar.. memang akak dah tau dah... ape citarasanya... hehehe.. biar pun kadang kadang akak buat ikut stok ape yang ade je..


makan panas bersama nasi putih amat sedap ikan ni..


RESIPI IKAN KEMBUNG SWEET SOUR

2 ekor ikan kembong jenis besar di lumur dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng dan ketepikan.
1/2 biji cili benggala kuning dan hijau - di dadu
1 biji tomato segar - di dadu
5-10 biji cili api - di hiris
1 biji bawang besar - di dadu
1 ulas bawang putih - di ketuk
1/2 in halia - di hiris panjang
1/2 sb serbuk cili  dibancuh dengan sedikit air
1 sb cili sos
2 biji limau kasturi - ambil jusnya.
sedikit garam dan gula
daun limau purut
daun ketumbar - di hiris

penumis/di tumbuk:
1/2 biji bawang
1ulas bawang putih
sedikit minyak tumis

panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan serbuk cili, bawang besar, bawang putih dan halia. kacau hingga sebati dan masukkan semua bahan dadu yang lain. kacau rata dan masukkan cili sos, daun limau purut, jus limau. kacau lagi dan masukkan garam gula secukupnya. last sekali masukkan daun ketumbar. tutup api.
letakkan ikan di dalam piring lalu siramkan sos sweet n sour ke atas ikan. taburkan lagi daun ketumbar di atas ikan.
tanur daun bawang
sedia untuk di makan


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...